Monday 12 October 2015

The Mukadimmah !

 Senyuman adalah mukadimah pertama yang hebat kerana kuasanya begitu kuat untuk menarik orang lain dekat atau duduk bersama dengan kita. 


              Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia kepada semua :D


Pertama sekali, kami merupakan pelajar Tahun satu dari Universiti Malaysia Kelantan @UMK. So, salam perkenalan dari kami kepada anda semua. Tujuan kami menubuhkan blog ini adalah kerana kami  diberi tugasan untuk mnyelesaikan suatu projek mengenai HUBUNGAN ETNIK. Sebelum kami meneruskan celoteh kami, adakah anda semua biasa dan memahami APA ITU HUBUNGAN ETNIK ??? 


Hubungan Etnik merupakan terdiri daripada pelbagai etnik yang terdapat di Malaysia seperti melayu, india dan china. Setiap etnik di Malaysia mempunyai kebudayaan, kepercayaan, adat dan agama masing-masing. Kesepaduan untuk merapatkan hubungan etnik ini boleh dijayakan melalui pelbagai aktiviti . Contohnya, gotong -royong dan senamrobik. Melalui senamrobik, terdapat pelbagai step yang digunakan melibatkan semua etnik di Malaysia  yang mana diambil melalui   tarian-tarian setiap etnik.


Jadi, blog kami akan sentiasa mngemaskini nota-nota atau aktiviti yang berasaskan HUBUNGAN ETNIK. SEMOGA MEMBANTU !!!