Saturday 31 October 2015

PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU

PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU




Permainan tradisional merupakan warisan bangsa yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas walaupun popularitinya semakin berkurang. Generasi  muda hari ini tidak mengenali permainan tradisional dengan mendalam kerana kemajuan teknologi yang semakin membangun pesat kini. Pelbagai pihak telah berusaha untuk mengembalikan populariti permainan tradisional masyarakat kita ini. Terdapat beberape contoh permainan tradisional melayu antaranye ialah :

1) Congkak



Permainan ini wujud sejak zaman kesultanan Melayu Melaka. Dalam permainan Congkak ini, alatan yang digunakan adalah papan dan buah congkak. Setiap papan hanya boleh dimainkan oleh dua org sahaja. Papan congkak mengandungi 14 lubang yang di kenali sebagai "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap di setiap hujung papan congkak yang merupakan "rumah". Rumah kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain.

Pemain akan duduk bertentangan dan "kampung" akan diisi dengan buah congkak yang mempunyai bilangan buah yang sama. kedua-dua pemain akan mulakan permainan secara serentak. Mereka akan mengambil buah congkak dan di masukkan secara satu persatu buah congkak ke dalam setiap "kampung' menuju ke 'rumah" masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di kampung yang kosong dan di anggap mati. Pemain yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yang kosong. Dan selepas itu, setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati . Pemain yang mendapat buah congkak yang paling banyak di "rumahnya" pada akhir permainan dianggap menang.

2) BATU SEREMBAN


Batu seremban juga di kenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Permainan ini sering dimainkan  di waktu lapang oleh kanak-kanak dan operempuan dewasa. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih. Permainan ini kebiasaannya menggunakan biji getah, ketul batu yang kecil ataupun ketulan ketulan objek yang berbentuk. Bilangan yang biasa digunakan ialah 5 biji, dan  ianya dipanggil sebagai "buah". Dalam permainan ini terdapat beberapa peringakat atau cara sambutan buah yang berlainan. Permainan ini akan bermula dengan peringakat pertama yang mudah dengan mengunakan sebiji buah yang dinamakan buah satu sehinggalah kepada peringakat yang lebih tinggi atau peringakat yang teratas yang dinamakan buah tujuh.


3) PERMAINAN WAU


Permainan wau amat digemari oleh penduduk kampung. Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau kucing, wau daun, wau merak, wau puyuh, wau bulan dan lain lain. Antara yang paling digemari oleh orang melayu ialah wau bulan. Kebiasaannya, wau akan dimainkan oleh dua orang iaitu seorang yang memegang wau dan seorang lagi memegang tali. Apabila angin bertiup, tali akan ditarik oleh juru anjung secara melawan arus angin dan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara.

4) SEPAK RAGA

5) GASING


Diatas adalah contoh contoh permainan tradisional melayu :)