Wednesday, 28 October 2015


 Malaysia telah melakar sejarah kerana buat kali pertamanya pada 10.10.2015 seluruh negara akan menyambut Hari Sukan Negara.Hari Sukan Negara yang julung kalinya ini di adakan adalah untuk membina asas ke arah negara yang bersukan dan untuk kita menjadikan sukan sebagai budaya hidup.Hari Sukan Negara ini adalah agenda penting kerajaan dalam membantu untuk meningkat kan perpaduan sesama kaum,meningkatkan kualiti kesihatan dan malah membesarkan lagi tapak penyertaan dan penganjuran sukan rakyat Malaysia seterusnya dapat mengenal pasti bakat-bakat baru untuk menjadi atlet kebangsaan di masa hadapan.



Jadi mari lah bersama-sama kita untuk ‪#‎JomTurunPadang‬ bagi mencapai objektif utama ‪#‎HariSukanNegara‬ dan terus menjadi kan Malaysia sebuah negara yang bersatu padu dan sihat sejahtera.
Selamat Hari Sukan Negara kepada seluruh rakyat Malaysia!

OBJEKTIF Hari Sukan Negara 

1) Menerapkan budaya sukan dalam kalangan rakyat.
2) Memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat.
3) Perkembangan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan.
4) Meningkat pengetahuan sukan dalam kalangan rakyat.
5) Mengiktiraf rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti sukan diperingkat akar umbi.
 

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin turut memeriahkan  #HariSukanNegara yang melibatkan pelbagai etnik di Malaysia. Sungguh meriah sambutannya. #FitForLife



Antara Feedback positif yang diberi oleh Rakyat Malaysia dari Hari Sukan Negara di Malaysia yang diadakan baru baru ini. 




                                                                                                                               Created By,
                                                                                                                              Afiqaharifen

No comments:

Post a Comment