Wednesday 28 October 2015

POTRET HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Negara Malaysia dengan kerencaman demografi terus kukuh, maju dan membangun malah disegani oleh jiran tetangga dalam konteks NEGARA BERBILANG ETNIK. Keadaan aman damai telah melahirkan suatu bentuk kestabilan politik ,ekonomi dan sosial yang baik. Malaysia berjaya  mencapai tahap negara maju berpendapatan sederhana  dalam tempoh kurang daripada 50 tahun. Oleh itu , keunikan tadbir urus negara mengurus perpaduan dalam kepelbagaian amat penting.





              
HUBUNGAN ETNIK DARI PERSPEKTIF POLITIK                                                                                                                                                                                      



Terdapat pandangan  yang menyatakan:
·         masyarakat yang memiliki kerencaman budaya , bahasa, agama dan seperti di Malaysia  akan terpisah dan terasing mengikut kumpulan etnik .
·         Perbezaan etnik akan melahirkan persaingan antara kumpulan  etnik dan berlaku kepupusan etnik.
·         Etnik yang dominan menguasai etnik minoriti.
·         Media massa kerap memotretkan hubungan etnik di Malaysia dalam perspektif yang sempit  -membangkitkan sentiment etnik atau agama dalam laporan berita

 

                                             KESEPADUAN SOSIAL:
                     PANDANGAN ALTERNATIF UNTUK   MEMAHAMI 
    
                                                                                                                                                          



Paradigma konflik sering digunakan dalam menganalisis dan memahami setiap permasalahan dalam hubungan etnik. Pandangan ini telah memberi kesan yang negative kepada negara kerana masyarakat akan mengandaikan Malaysia sentiasa dalam  persengketaan , saling bersaing khususnya antara kumpulan yang berlainan etnik dan  agama. HAKIKATNYA PARADIGMA KONFLIK YANG DIGUNAKAN SEBAGAI TERAS DALAMMEMAHAMI PERMASALAHAN MASYARAKAT  MALAYSIA SANGATLAH KURANG TEPAT


MEMAHAMI  KESEPADUAN SOSIAL DALAM KONTEKS
                                                                                                                                    


#Masyarakat Malaysia  terhasil daripada perkongsian sejarah#
-membina struktur social , ekonomi , politik dan budaya
#Masyarakat Malaysia  bersifat dinamik
-membina kesepaduan social  melalui interaksi  dan amalan harian secara langsung secara berterusan

No comments:

Post a Comment