Saturday, 31 October 2015

 Perayaan Kuih Bulan
Perayaan Kuih Bulan secara tradisinya disambut pada hari yang kelima belas bulan lunisolar kelapan iaitu pada bulan September atau Oktober. Perayaan kuih bulan 2014 adalah pada 8 September.  Orang-orang Cina akan mempunyai percutian tiga hari dari 6 September hingga 8.  Ini bermakna perayaan Kuih Bulan juga merupakan hari terpenting kepada kaum Cina selain Tahun Baru Cina.

Salah satu hidangan istimewa pada perayaan Kuih Bulan merupakan Kuih Bulan itu sendiri. Kuih Bulan itu diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji teratai, atau kuning telur masin. Menurut tradisi, pesanan untuk memberontak telah disebarkan melalui surat yang diletakkan di dalam Kuih Bulan yang akhirnya berjaya menjatuhkan Dinasti Mongol.  Terdapat juga tradisi yang menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan tidak dapat menyampaikan lapuran buruk kepada Maharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci oleh Kuih Bulan yang manis itu



Pada waktu ini, bulan biasanya mengambang dan terang, menjadikannya waktu yang sesuai untuk meraikan hasil tuaian musim panas.  Perayaan Kuih Bulan merupakan salah satu perayaan terpenting selain Hari Tahun Baru Cina.  Perayaan ini disambut dengan perarakan tanglung pada malam perayaan, selain dengan kuih bulan.  Pelbagai Tanglung dapat dinikmati oleh kaum Cina.  Misalnya, bukan budak-budak yang main Tanglung sahaja tetapi orang dewasa dan ibu bapa juga dapat menemani anaknya bermain Tanglung.  Tujuan perayaan Kuih Bulan adalah membantu remaja muda mengetahui sejarah tentang perayaan ini. 





Pesta Kuih Bulan bukan sahaja merupakan perayaan tradisional rakyat China, tetapi juga merupakan perayaan tradisional orang Cina seluruh dunia. Walaupun zaman sudah berubah, tetapi Pesta Kuih Bulan tetap merupakan kesempatan bagi orang Cina untuk mengeratkan hubungan antara anggota keluarga dan sanak saudara serta berdoa untuk memohon restu dan kebaikan.


No comments:

Post a Comment