Saturday, 31 October 2015

PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU

PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU




Permainan tradisional merupakan warisan bangsa yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas walaupun popularitinya semakin berkurang. Generasi  muda hari ini tidak mengenali permainan tradisional dengan mendalam kerana kemajuan teknologi yang semakin membangun pesat kini. Pelbagai pihak telah berusaha untuk mengembalikan populariti permainan tradisional masyarakat kita ini. Terdapat beberape contoh permainan tradisional melayu antaranye ialah :

1) Congkak



Permainan ini wujud sejak zaman kesultanan Melayu Melaka. Dalam permainan Congkak ini, alatan yang digunakan adalah papan dan buah congkak. Setiap papan hanya boleh dimainkan oleh dua org sahaja. Papan congkak mengandungi 14 lubang yang di kenali sebagai "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap di setiap hujung papan congkak yang merupakan "rumah". Rumah kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain.

Pemain akan duduk bertentangan dan "kampung" akan diisi dengan buah congkak yang mempunyai bilangan buah yang sama. kedua-dua pemain akan mulakan permainan secara serentak. Mereka akan mengambil buah congkak dan di masukkan secara satu persatu buah congkak ke dalam setiap "kampung' menuju ke 'rumah" masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di kampung yang kosong dan di anggap mati. Pemain yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yang kosong. Dan selepas itu, setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati . Pemain yang mendapat buah congkak yang paling banyak di "rumahnya" pada akhir permainan dianggap menang.

2) BATU SEREMBAN


Batu seremban juga di kenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Permainan ini sering dimainkan  di waktu lapang oleh kanak-kanak dan operempuan dewasa. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih. Permainan ini kebiasaannya menggunakan biji getah, ketul batu yang kecil ataupun ketulan ketulan objek yang berbentuk. Bilangan yang biasa digunakan ialah 5 biji, dan  ianya dipanggil sebagai "buah". Dalam permainan ini terdapat beberapa peringakat atau cara sambutan buah yang berlainan. Permainan ini akan bermula dengan peringakat pertama yang mudah dengan mengunakan sebiji buah yang dinamakan buah satu sehinggalah kepada peringakat yang lebih tinggi atau peringakat yang teratas yang dinamakan buah tujuh.


3) PERMAINAN WAU


Permainan wau amat digemari oleh penduduk kampung. Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau kucing, wau daun, wau merak, wau puyuh, wau bulan dan lain lain. Antara yang paling digemari oleh orang melayu ialah wau bulan. Kebiasaannya, wau akan dimainkan oleh dua orang iaitu seorang yang memegang wau dan seorang lagi memegang tali. Apabila angin bertiup, tali akan ditarik oleh juru anjung secara melawan arus angin dan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara.

4) SEPAK RAGA

5) GASING


Diatas adalah contoh contoh permainan tradisional melayu :)
Dalam etnik Melayu ada beberapa jenis tarian, antaranya tarian melayu asli, tarian mak yong dan tarian gamelan.

TARIAN MELAYU ASLI

 Tarian asli merupakan tarian yang diciptakan berasaskan lagu-lagu asli Melayu. Wujud daripada rentak dan irama lagu Dondang Sayang tetapi Tarian Asli tidak diiringi dengan adegan berbalas pantun seperti dalam Dondang Sayang. Perkembangan seterusnya ialah kemunculan tarian-tarian asli yang dicipta daripada lagu-lagu seperti lagu Makan Sireh, Gunung Banang, Asli Sapu Tangan, Asli Selendang, Bentan Telani, Asli Abadi dan lain-lain lagi. 


TARIAN GAMELAN

Tarian gamelan merupakan salah satu tarian melayu klasik. Tarian klasik ini mula di direkodkan dipersembahkan di Istana di empayar Riau dan Lingga dalam kurun ke-17. Ia mula di persembahkan buat pertama kali di khalayak ramai di Pekan, Pahang dalam tahun 1811 dalam upacara persandingan Tengku Hussain, putera kepada Sultan Abdul Rahman yang memerintah Lingga, dengan Wan Esah yakni adik perempuan kepada Bendahara Ali dari Pahang.Ia mula di perkenalkan di Terengganu selepas Tengku Mariam iaitu seorang puteri di Pahang, mengahwini Tengku Sulaiman yakni putera kepada Tengku Zainal Abidin dari Terengganu.

Menurut Tengku Mariam, pada asalnya repositori tarian ini terdiri daripada 77 jenis Gamelan. Tetapi pada hari ini hanya tinggal 33 jenis sahaja lagi kesan daripada ketiadaan tenaga pengajar jenis tarian itu lagi. Antara 33 jenis tarian yang masih tinggal itu adalah seperti Timang Burung, Ayak-ayak, Lambang Sari, Ketam Renjung, Geliung, Lantai Lima, Kending Gajah, Togok Rompin, Kunang-kunang Mabuk, Galuk Merajuk, Silatin, Lolo dan Monab.
Tarian ini yang mana di persembahkan secara eksklusif oleh penari wanita boleh di pentaskan secara dalaman ataupun persembahan terbuka. Unsur Jawa boleh di lihat dari segi seni tarian tersebut. Secara estetikanya, tarian ini adalah sangat cantik dan merupakan bentuk tarian yang paling kaya dari segi jenisnya dalam kebanyakan adat tarian Melayu.



TARIAN MAK YONG

Tarian mak yong merupakan sejenis tarian Melayu traditional. Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di pantai timur iaitu Terengganu, Kelantan, Pahang serta di Kepulauan Riau -Indonesia.
Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu, Patani, Kelantan, Kedah, serta di Kepulauan Riau - Indonesia.
Mak Yong dipersembahkan sebagai hiburan dan juga sebagai cara perubatan. Mak Yong dipercayai wujud sebelum kedatangan islam lagi. Ia dipentaskan sebagai pementasan Diraja di bawah naungan Kesultan Kelantan sehingga 1920-an. Dengan itu, tradisi ini dikekalkan dalam bentuk asal tanpa meninggalkan peningkatan yang terdapat di istana seperti pakaian yang berhias cantik.
Persembahan Mak Yong biasanya dibuka dengan lagu "Mengadap Rebab" diikuti dengan tarian, lakonan dan muzik. Setiap satu cerita mampu dipersembahkan merentasi beberapa amalan dalam siri pertunjukkan tiga jam. Dalam persembahan tradisi di kampung, ia dilakukan dipanggung terbuka yang berlatarkan daun kelapa. Penonton akan duduk di tiga sisi panggung, sisi yang ke empat dikhaskan bagi orkestra yang terdiri dari pemain rebab, gendang kepala dua dan tetawak. Kebanyakan peranan dilakukan oleh wanita dan ceritanya berasaskan cerita rakyat tradisi dengan watak raja, dewa dan pelawak. Mak Yong dikaitkan dengan upacara di mana pawang cuba menyembuhkan pesakit yang dirasuk melalui nyanyian, tarian bersawai dan menurun.




PERAYAAN TAHUN BARU CINA














Perayaan Tahun Baru Cina


Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang terbesar dan terpenting kepada orang cina. Hal ini kerana Tahun Baru Cina membolehkan semua ahli keluarga yang belajar dan bekerja di luar Negara dapat balik ke rumah untuk berkumpul bersama.
Menurut legenda, pada zaman dahulu, Nian ialah seekor raksasa pemakan manusia. Oleh itu, orang cina telah memikirkan cara untuk menghalang “Nian” datang. Cara yang dimikir oleh orang cina ialah mercun, mengguna warna merah secara meluas dan lain-lain.  Hal ini menyebabkan kelemahan “Nian” ialah menakut bunyi bising dan warna merah. Tegasnya, adat-adat inilah membawa kepada perayaan Tahun Baru yang sulung.
Sebelum Tahun Baru Cina, kaum cina telah membersihkan rumah mereka. Hal ini kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik. Selapas itu, penyapu perlu disimpan kerana hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu keluar. Selain itu, sebelum perayaan tahun baru cina, pasaraya akan menjual pelbagai hiasan dan makanan yang diperlu untuk menyambut perayaan ini. Sebagai contoh, kuih bakul, limau mandarin, tanglung, jongkong dan sebangainya.

















Selain itu, tahun baru cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Pada tahun baru cina, golongan muda perlu melawat golongan tua dan menerima wang “ ang pau”. Tujuan ini adalah untuk melambangkan nasib baik. Di samping itu, perarakan tarian naga atau singa akan diadakan.  Pada hari kesembilan tahun baru cina merupakan hari bagi kaum cina untuk menyembah Maharaja Jed di kayangan di tokong agama Tao. Hari ini dianggap sebagai “tahun baru” suku bagi kaum Hokkien. Perayaan tahun baru cina akan ditamatkan dengan perayaan Chop Goh Mei.
Kesimpulannya, tahun baru cina bukan disambut oleh negara Malaysia. Manakala di negara juga ada menyambut perayaan ini seperti China, Hong Kong, Indonesia, Macau, Singapura,Taiwan dan sebagainya.

Makanan Tradisional Cina ~Tangyuan



Makanan Tradisional Cina ~ Tangyuan


Tangyuan adalah sejenis manisan tradisional Cina. Tangyuan biasanya dihidangkan ketika perayaan Yuanxiao, atau Tahun Baru Cina ke- 15, iaitu Chap Goh Meh. Tangyuan dipanggil dalam bahasa Inggeris adalah glutinous rice ball.  





Tangyuan disambut bersama-sama dengan keluarga.Tangyuan diperbuat dalam tepung pulut. Tepung pulut dicampur dengan air dan berbentuk berbola.






Tangyuan boleh tidak diisi atau diisi dengan inti yang manis atau tidak manis seperti kacang, bijian, kelapa, coklat san sebagainya.



Selepas itu, Tangyuan dimasak dan dihidangkan dalam sirap atau sup. Ladu sedikit terletak bersama-sama dalam mangkuk mewakili kebersamaan ! 



Bahan-bahan:

Doh: 
2 cawan tepung  pulut 
secubit gula
 1 cawan air 

 Sirap :
 3 cawan air
 6 sendok gula
 Daun pandan(pilihan)



 Perayaan Kuih Bulan
Perayaan Kuih Bulan secara tradisinya disambut pada hari yang kelima belas bulan lunisolar kelapan iaitu pada bulan September atau Oktober. Perayaan kuih bulan 2014 adalah pada 8 September.  Orang-orang Cina akan mempunyai percutian tiga hari dari 6 September hingga 8.  Ini bermakna perayaan Kuih Bulan juga merupakan hari terpenting kepada kaum Cina selain Tahun Baru Cina.

Salah satu hidangan istimewa pada perayaan Kuih Bulan merupakan Kuih Bulan itu sendiri. Kuih Bulan itu diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji teratai, atau kuning telur masin. Menurut tradisi, pesanan untuk memberontak telah disebarkan melalui surat yang diletakkan di dalam Kuih Bulan yang akhirnya berjaya menjatuhkan Dinasti Mongol.  Terdapat juga tradisi yang menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan tidak dapat menyampaikan lapuran buruk kepada Maharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci oleh Kuih Bulan yang manis itu



Pada waktu ini, bulan biasanya mengambang dan terang, menjadikannya waktu yang sesuai untuk meraikan hasil tuaian musim panas.  Perayaan Kuih Bulan merupakan salah satu perayaan terpenting selain Hari Tahun Baru Cina.  Perayaan ini disambut dengan perarakan tanglung pada malam perayaan, selain dengan kuih bulan.  Pelbagai Tanglung dapat dinikmati oleh kaum Cina.  Misalnya, bukan budak-budak yang main Tanglung sahaja tetapi orang dewasa dan ibu bapa juga dapat menemani anaknya bermain Tanglung.  Tujuan perayaan Kuih Bulan adalah membantu remaja muda mengetahui sejarah tentang perayaan ini. 





Pesta Kuih Bulan bukan sahaja merupakan perayaan tradisional rakyat China, tetapi juga merupakan perayaan tradisional orang Cina seluruh dunia. Walaupun zaman sudah berubah, tetapi Pesta Kuih Bulan tetap merupakan kesempatan bagi orang Cina untuk mengeratkan hubungan antara anggota keluarga dan sanak saudara serta berdoa untuk memohon restu dan kebaikan.


Friday, 30 October 2015

 ASAL USUL PERAYAAN DEEPAVALI

Sejarah  dan Latar Belakang

Menurut lagenda, Raja Naragasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasura meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, sebagai peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.

Tersebut kisah seorang pemusnah yang bernama Ahsuran yang tidur selama tiga hingga enam bulan. Dia suka makan semua benda termasuk manusia. Apabila dia masuk ke dalam kampung, semua orang akan memadamkan lampu. Hal ini kerana dia tidak suka lampu dan cahaya. Dia hanya suka tidur. Dia juga akan membunuh sesiapa sahaja yang mengganggunya tidur. Satu hari, seorang Dewa yang bernama Krishnan muncul dan melawan pemusnah tadi. Mereka berlawan sehingga pemusnah dikalahkan oleh Dewa yang suci. Maka semua penduduk kampung mula memasang lampu. Berikutan dengan peristiwa tersebut, Deepavali disambut berdasarkan cerita ini.

Cerita berkaitan Deepavali

Orang Hindu memperingati beberapa peristiwa mitos penting yang berkaitan dengan Deepavali:
  1. Kembalinya Lord Rama ke Ayodhya: Deepavali juga meraikan kembalinya Rama, Raja Ayodhya, bersama ratunya Sita dan adindanya Lakshmana ke Ayodhya setelah 14 tahun hidup dalam buangan, disusuli satu perang yang menyaksikan Rama membunuh raja syaitan Ravana. Adalah dipercayai bahawa rakyat Ayodhya menyala pelita sepanjang jalan untuk menerangi laluan mereka dalam kegelapan. Oleh sebab Rama pergi dari India Selatan ke kerajaannya di India Utara, maka baginda merentasi bahagian selatan terlebih dahulu. Inilah sebabnya perayaan ini disambut sehari lebih awal di India Selatan. Di India Utara, perayaan ini disambut pada hari terakhir kalendar Vikram. Hari berikutnya menandakan tahun baru India Utara yang bergelar Annakut.
  2. Pembunuhan Narakasura: Disambut sebagai Naraka Chaturdasi, dua hari sebelum hari Deepavali, hari ini memperingati pembunuhan Narakasura (Naragasuri dalam bahasa Tamil), seekor syaitan durjana yang mencetus huru-hara, oleh Satyabhama, isteri Raja Krishna (Maha Krishnan). Ini berlaku di Dwapar Yuga ketika detik ini dalam avatar (jelmaan) Raja Krishna ini. Sebelum kematian Narakasura, dia meminta rahmat dari ibunya, Satyabhama (dipercayai sebagai satu avatar Bhudevi - ibu Narakasura), bahawa semua orang patut menyambut kematiannya dengan chaaya berwarna-warni.
  3. Kezahidan Shakti: Menurut Skanda Purana, dewi Shakti mematuhi 21 hari kezahidan bermula daripada ashtami shukla paksha (hari kelapan tempoh pencerahan bulan) untuk memperoleh separuh jasad Raja ShivaVrata (kezahidan) ini dikenali sebagai kedhara vrata. Deepavali ialah hari pelengkapan kezahidan ini. Inilah harinya Raja Shiva menerima Shakti ke dalam separuh kiri jasadnya lalu menjelma sebagai Ardhanarishvara. Penganut-penganut yang kuat pegangan agamanya mematuhi vrata 21 hari ini dengan melakukan kalasha dengan 21 benang dalamnya dan 21 jenis persembahan selama 35 hari. Hari terakhirnya disambut sebagai kedhara gauri vrata.
  4. Krishna menewaskan Indra: Govardhan Puja disambut sehari selepas Deepavali. Inilah harinya Raja Krishna menewaskan Indra, dewa petir dan hujan. Alkisah, Krishna memantau persediaan besar-besaran untuk persembahan tahunan kepada Dewa Indra dan menyoal ayahandanya Nanda mengenai ini. Krishna berbincang dengan para penduduk kampung mengenai apa sebenarnya 'dharma' mereka. Mereka adalah golongan petani, maka mereka patut menjalankan tugas mereka dan menumpu perhatian kepada pertanian dan perlindungan lembu-lembu mereka. Krishna terus mengatakan bahawa semua insan sepatutnya hanya mengerjakan 'karma' diri, dengan sebaik mana yang boleh dan bukannya berdoa untuk fenomena alam. Para penduduk kampung mempercayai Krishna, maka tidak meneruskan puja (prayer) istimewa itu. Maka itu, Indra murka lalu membanjiri kampung. Krishna kemudiannya mengangkat Gunung Govardhan dan mengangkatnya sebagai perlindungan kepada rakyatnya dan lembu-lembu mereka dari hujan. Indra akhirnya mengaku kalah dan memperakui keagungan Krishna. Aspek riwayat Krishna ini sungguhpun tidak diketahui ramai, namun sebenarnya menyediakan asas kepada falsafah 'karma' yang diterangkan secara terperinci dalam Bhagavad Gita.

 Persediaan Sambutan Perayaan

Sebelum Perayaan

Sehari Sebelum Deepavali

Sehari sebelum perayaan Deepavali, orang yang beragama Hindu akan membuat upacara sembahyang untuk memanjangkan doa untuk yang telah 'pergi' buat selama-lamanya.
Makanan kegemaran yang telah meninggal dunia selalunya disediakan untuk santapan mereka.Makanan tersebut akan dibiarkan seketika di hadapan gambar si mati yang kemudiannya akan di makan oleh anak-anak si mati atau diberi kepada haiwan.

Malam Sebelum Perayaan Deepavali

Pada malam itu juga diadakan upacara memasang pelita yang disertai oleh seluruh ahli keluarga. Tidak ketinggalan juga upacara yang dinamakan 'Rangoli' iaitu upacara menyusun beras atau hampas kelapa yang telah diwarnakan dengan pelbagai warna di hadapan pintu. Kaum wanita juga pada malam itu akan mengenakan inai pada jari tangan dan kaki mereka untuk tujuan menghias diri.

Memasang Vilakku

Pada malam perayaan Deepavali, upacara memasang pelita dijalankan yang disertai oleh seluruh ahli keluarga. Mereka akan memasang lampu “Agal vilakku”. Lampu “Agal vilakku” adalah sejenis pelita tradisi yang diperbuat daripada tanah liat. Perayaan Deepavali juga akan bertambah meriah dengan adanya lampu-lampu moden. Penganut agama Hindu percaya akan Dewa kekayaan dan kemakmuran iaitu Dewi Lakhsmi yang akan datang melawat rumah mereka pada masa itu. Persiapan memasang lampu tersebut dilakukan untuk menyambut kedatangan Dewi Lakhsmi.

Kolam atau Rangoli

Rangoli  lambang penyembahan Dewa  Lakshmi

Penganut Hindu akan menghiasi rumah mereka dengan “kolam ” atau “rangoli” iaitu hiasan lantai yang diperbuat daripada beras yang diwarnakan sebelum tertib matahari. Biasanya “kolam ” ini dibuat di depan pintu rumah sebagai tanda selamat dan rahmat supaya setiap isi rumah mendapat kesejahteraan.

Kemahiran membuat “kolam” ini biasanya diwarisi secara turun-temurun. Walaupun nampak susah, tetapi penganut Hindu boleh membuatnya dengan cantik, unik dan menarik yang kebanyakannya bermotifkan tumbuhan. Upacara ini membawa maksud yang amat bererti kerana perayaan ini tidak hanya dirayakan oleh penganut Hindu tetapi juga makhluk lain di dunia

Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi. Dewa Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka.

Kolam atau juga dikenali sebagai Rangoli adalah satu seni hiasan pintu masuk kediaman semasa Deepavali.Ia dihasilkan dengan pelbagai rekaan, berwarna-warni dan tanpa ada had dari segi saiz. Bahkan berdasarkan catatan, kolam terbesar di dunia yang pernah dihasilkan ialah pada 22 Mei tahun lalu bersaiz 4,900 meter persegi dan dihasilkan oleh Nilesh Rajaram Naik di Dataran Murda, Tiswadi, Goa, India. Lazimnya saiz kolam di rumah agak kecil namun kolum memberi kuasa besar dalam menyambut Deepavali.Kolam umpama 'tiang seri' yang bertindak memeriahkan lagi perayaan cahaya itu. Dengan menyediakan kolam, ia memberi penyatuan serta kemeriahan kepada keluarga tersebut.Ia juga sebagai simbol penyatuan keluarga kerana proses menyiapkan kolam biasanya dibuat beramai-ramai bersama ahli keluarga,

Image result for kolamImage result for kolamImage result for kolamImage result for kolamImage result for rangoli

Semasa Perayaan

Persiapan Di Pagi Perayaan Deepavali

Pada pagi perayaan pula, pada kebiasaannya seluruh ahli keluarga akan bangun lebih awal iaitu sebelum matahari terbit. Seluruh keluarga akan mandi dan membersihkan diri sebelum bersalam dan memohon maaf dengan kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Selain itu, upacara mandi minyak bijan turut dilakukan pada awal pagi sebelum matahari terbit. Penganut Hindu akan menjalankan upacara mandi minyak bijan bertujuan untuk penyucian badan dan semangat. Minyak bijan ini akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau nenek.

Kebaikan mandi minyak bijan bagaikan mandi di Sungai Ganges yang suci bertujuan membersihkan diri daripada segala kejahatan dan sifat dengki. Selepas mandi penganut Hindu mesti memakai pakaian dan perhiasan serba baru pada pagi Deepavali.Hal ini bertujuan untuk menghilangkan segala sifat buruk dan kejahatan dalam diri seseorang. Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau di kuil-kuil. Selepas bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah kaum keluarga. Penganut Hindu akan mengunjungi kuil di mana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.Di pagi hari, masyarakat Hindu akan menyucikan tubuh badan dengan memakai sedikit minyak di kepala dan mandi. Kemudian, mereka pergi bersembahyang di rumah atau di kuil dengan ahli keluarganya.

Upacara Sembahyang

Penganut Hindu akan mengunjungi kuil untuk bersembahyang selepas menjalankan upacara penyucian. Penganut Hindu akan mengalungkan Patung Dewa Hindu dengan kalungan bunga untuk mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Selepas sembahyang, mereka akan dihidangkan dengan pelbagai manisan yang dinamakan “Prasad” sebelum pulang ke rumah.

Selepas bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah kaum keluarga.Kebiasannya, suri rumah akan menyediakan kotak-kotak kecil berisi manisan dan membawa bersama apabila berkunjung ke rumah saudara-mara mereka. Di kebanyakan rumah, ‘rangoli’ iaitu lukisan yang dibuat  tepung beras berwarna-warni akan menyambut tetamu di hadapan rumah.



 Pakaian Tradisional Deepavali

Mengenai pakaian yang sering dikenakan oleh kaum India semasa perayaan Deepavali adalah “Sari” untuk kaum wanita dan “Dhoti” untuk kaum lelaki bagi dewasa.Tetapi,bagi kanak-kanak pakaian yang sering dikenakan oleh kaum India ialah Pattu Pavadai. Manakala,bagi remaja perempuan akan memakai Pavadai Tavani.

a.      Sari                                                                               b.   Pattu Pavadai
Image result for pattu pavadaiImage result for sari
c. Half Saree (Pavadai Tavani)
1253B

Sari merupakan pakaian untuk kaum wanita yang sering dipakai semasa perayaan Deepavali. Sari terdiri daripada lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua meter lebar dan panjangnya pula antara lima hingga lima belas meter mengikut saiz pemakai. Kebanyakan kain sati adalah jarang dan lembut. Oleh itu, sebelum memakai sari, si pemakai perlu memakai anak baju yang ketat dan singkat di dalamnya. Kemudian kain sati akan dililit dari pinggang dan diselempang pada bahu kiri. Lilitan pinggang perlulah dibuat sebanyak tiga hingga lima kali untuk menguatkan lilitan supaya tidak terurai. Semasa perayaan Deepavali, biasanya pemilihan warna untuk baju sari yang dipakai adalah lebih gelap atau garang seperti merah, biru, hijau dan ungu. Pemilihan corak pula adalah bergantung kepada cita rasa si pemakai. Ada sesetengah lebih suka bercorak tumbuh-tumbuhan dan ada juga lebih suka corak haiwan. Selain itu, untuk menjadikan si pemakai Nampak lebih menarik, kebanyakan mereka akan memilih sari yang mempunyai pelbagai jenis manik yang berkilat dan cantik. Ini akan lebih menyerlahkan kecantikan si pemakainya. Walaubagaimanapun, pemilihan warna biasanya akan dipadankan dengan corak yang menarik dan sesuai dengan si pemakainya.

b.      Dhoti

Dhoti merupakan pakaian untuk kaum lelaki india. Pakaian ini diperbuat daripada kain empat segi yang berwarna putih yang panjang. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan disangkutkan pada bahu. Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan lebih menarik. Ada juga dhoti yang berwarna kuning pudar atau kuning susu.

Gambar : Dhoti

  
Kuih muih dan Juadah utama/khas

Manisan dan Juadah Deepavali

Manisan merupakan identiti masyarakat India. Manisan ini bukan sahaja diminati oleh kaum India tetapi juga masyarakat lain di negara ini termasuk pelancong asing. Dalam masyarakat India, manisan sering menjadi acara pembuka sebelum memulakan sesuatu majlis, acara atau hari perayaan. Mereka percaya ia mampu membawa kegembiraan, keseronokan, nilai positif dan kesejahteraan yang berpanjangan. Itulah juga sebabnya manisan yang lebih manis dan sedap dianggap lebih baik dan dialu-alukan.

Mereka akan dihidangkan dengan juadah tradisional kaum India yang terkenal seperti halwa dan laddu. Malah sembilan jenis hidangan sayur-sayuran turut disediakan pada pagi Deepavali. Antaranya ialah “aloogobi” iaitu campuran ubi kentang dan kobis bunga, “paneer” campuran masala bersama yourgurt dan kari dal. Tidak ketinggalan kuih-muih tradisional lain seperti Muruku, Neiurundai dan Atherasam adalah merupakan kuih-muih tradisional orang India.
Image result for murukkuImage result for athirasamImage result for payasamImage result for neiurundai

 Hiasan

Mengikut kepercayaan masyarakat India "Agal Vilaku" iaitu pelita tanah liat adalah sebagai menghargai elemen alam iaitu tanah itu sendiri menjadi tradisi bagi mereka. Pelita tanah liat bagi tujuan penyembahan. Bukan itu sahaja, pelita tersebut memberi makna simbolik cahaya kemenangan daripada kejahatan iaitu kemenangan Dewa Rama menentang Dewa Ravana.Ia akan diletakkan di depan pintu atau kolam sebagai hiasan dengan menggunakan beras berwarna untuk mengalu-alukan kedatangan tetamu.

Image result for agal vilakkuImage result for agal vilakkuImage result for agal vilakkuImage result for agal vilakku
Pelita Tanah Liat(Agal Vilaku)


Amalan-amalan Perayaan Deepavali

Di Malaysia, hari Deepavali disambut pada bulan ketujuh kalendar suria Hindu dan dijadikan cuti umum persekutuan di seluruh Malaysia. Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upucara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil di mana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya dibuat daripada bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi, Dewi Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka.


Pantang Larang Semasa Deepavali


Pada petang sebelum perayaan, semua ahli keluarga akan berkumpul untuk makan malam bersama dengan pelbagai jenis makanan hidangan tradisi kaum India. Pada waktu malam pula diadakan upacara mesti memasang pelita oleh seluruh ahli keluarga. Pelita yang dipasang dipercayai bahawa kecerahan dapat mengatasi segala kejahatan. Terdapat juga upacara menyusun beras atau hampas kepala yang telah diwarnakan dengan pelbagai warna di hadapan pintu. Upacara ini membawa maksud yang mendalam kepada semua penganut Hindu termasuk makluk kecil di dunia ini, misalnya semut sebagai tanda ucap selamat datang kepada para tetamu.

Pada pagi perayaan, seluruh ahli keluarga perlu bangun pagi sebelum matahari terbit untuk mandi dan membersihkan diri. Mereka perlu mandi dengan minyak bijan yang akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau nenek. Mengikut kepercayaan kaum India, mandi minyak bijan diibarat mandi di Sungai Ganges untuk tujuan membersihkan diri dari segala kejahatan dan sifat dengki.

Selepas mandi, pakaian yang dipakai mestilah warna yang garang seperti merah, biru dan oren. Mereka dilarang berpakai  pakaian yang berwarna hitam atau putih yang lebih bermaksud kesedihan. Selepas itu barulah bersalam dan memohon maaf dengan kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Upacara sembahyang dijalankan di kuil bagi mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia.

 Kesan Perayaan

Kesan perayaan kepada masyarakat

Perayaan Deepavali menjadikan masyarakat malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa bersatu dalam meraikan perayaan ini. Sebagai contohnya, kita menyambut perayaan ini, kami akan diziarahi oleh masyarakat lain khususnya jiran-jiran berdekatan, teman-teman keluarga, dan sahabat keluarga kami.Dengan berkongsi juadah dan sambutan perayaan ini, kami juga dapat merealisasikan Motto negara yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keenam iaitu Konsep Satu Malaysia.Perayaan ini juga membuktikan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dapat hidup dan rukun serta damai dalam satu negara.

Kesan Perayaan kepada Negara

Berdasarkan kajian terhadap kedatangan perlancong ke Malaysia, menunjukkan antara faktor kedatangan pelancong luar ke Melaysia selain daripada faktor keamanan adalah faktor keharmonian rakyat Malaysia yang dapat hidup berkongsi perayaan mereka. Perayaan yang berbilang juga memberi pengukuhan kepada ekonomi negara kerana setiap kali menjelang perayaan, rakyat Malaysia akan membeli belah untuk memenuhi kehendak dan sambutan kepada perayaan mereka. Contohnya dalam menyambut perayaan ini Deepavali masyarakat lainnya akan turut berbelanja kerana potongan harga murah yang ditawarkan daripada pusat membeli belah.Perayaan ini juga memberi kesan sosial yang lebih utuh kerana masyarakat yang berbilang kaum dapat mengeratkan silaturahim sesama ahli masyarakat.

Pengekalan tradisi

Dengan menyambut perayaan-perayaan tradisi, ini dapat mengekalkan tradisi keluarga yang diwarisi sejak turun-temurun dari keluarga. Selain itu, masyarakat India  juga menghormati moyang mereka yang sudah meninggal dunia dengan mengekalkan tradisi yang diwarisi oleh mereka.